Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 2  2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

SUBANG, 22 Mac 19 - Majlis Jasamu Dikenang Pegawai Cawangan Tadbir 2018/2019 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM bertempat di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Pangkalan Udara Subang. Majlis yang diadakan ini bertujuan mengenang jasa 24 orang pegawai Cawangan Tadbir yang telah dan bakal menamatkan perkhidmatan bagi tahun 2018/2019. Selain itu ianya bertujuan untuk menghimpunkan pegawai-pegawai Cawangan Tadbir terutamanya pegawai yang bertugas di sekitar Lembah Klang bagi mengenali antara satu sama lain disamping merapatkan lagi ukhwah setiap pegawai Cawangan Tadbir. Majlis yang diadakan secara meriah ini telah dihadiri seramai 175 orang pegawai Cawangan Tadbir.

Turut hadir di majlis ini adalah Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Udara,Brig Jen Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM serta pegawai-pegawai kanan Cawangan Tadbir.