Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1188 1280x854DSC 1190 1280x854DSC 1210 1280x854DSC 1244 1280x854DSC 1249 1280x854DSC 1277 1280x854DSC 1297 1280x854DSC 1314 1280x854

LUBNAN, 21 Mac 19 - Majlis Jamuan 2.0 Kontinjen TUDM telah berlangsung dengan jayanya dan meriah di Kem Ma’rakah UNP 2-1, Selatan Lubnan. Ketua Kontinjen TUDM, Lt Kol Mohd Omar bin Mohd Yusof TUDM bersama pihak pengurusan tertinggi Malaysian Battalion (MALBATT) 850-6 hadir semasa majlis tersebut.

Majlis ini diadakan untuk merapatkan silaturrahim dan bertanyakan hal pentadbiran terutamanya kebajikan. Seramai 91 orang pegawai dan anggota TUDM telah memulakan penugasan dalam Misi Pengaman MALBATT 850-6 di Lubnan sejak 6 Sep 18 lalu dan akan menamatkan misi pada penghujung September 19. Semasa majlis tersebut turut diraikan sambutan hari kelahiran pegawai dan anggota TUDM.