Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 4445IMG 4452IMG 4460IMG 4472IMG 4480

BUKIT KUBONG, 2 Apr 19 – Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Skn 340, ‘The Chimney’ telah menbuat satu demonstrasi ke atas projek KIK, Spectra-Comm iaitu ‘Long Range Spread Spectrum Low Power Communication’ buat julung kalinya bersama Panglima Wilayah Udara 2 di Kompleks TUDM Bukit Kubong.

Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Haji Yazid bin Arshad TUDM telah diberi penerangan dan peluang untuk menguji Alenia ‘Proactive Information System’ (A-PIS) yang boleh digunakan sebagai alat bantuan kecemasan dan keselamatan meskipun tanpa talian telefon dan capaian internet. Hasil ujikaji ini amatlah positif dan mendapat pengiktirafan serta boleh disebar luas penggunaannya ke agensi luar.

Ketua kumpulan The Chimney, Mej Mohd Haziq Izzat bin Sulaiman TUDM akan membawa projek ini untuk dipertandingkan di peringkat TUDM dan juga Kementerian Pertahanan.