Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0025DSC 0046DSC 0077DSC 0092DSC 0100DSC 0113DSC 0119DSC 0123DSC 0139

 

SUBANG, 4 Apr 19 - Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM selaku Panglima Wilayah Udara 1 telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bertempat di Masjid Pangkalan Udara Subang.

Majlis ini telah dikoordinasikan oleh pihak Pangkalan Udara Subang dan Sekreteriat daripada MAWILUD 1 secara bersama untuk meraikan beliau yang akan mula bercuti dan akan menamatkan perkhidmatan kelak.

Majlis ini turut dihadiri oleh semua Pegawai Kanan daripada MAWILUD 1 dan juga Pangkalan Udara Subang bersama isteri masing-masing. Di dalam majlis ini juga, Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada YBhg PANGWILUD 1.