Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0107DSC 7709DSC 7755

GONG KEDAK, 4 Apr 19 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Ceramah Integriti Dan Taklimat Gaji kepada anggota pangkalan di Dewan Puteri Pangkalan.

Ceramah Integriti mengenai isu-isu salah laku dalam kalangan penjawat awam termasuk anggota tentera ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM, Puan Hamisah Binti Saleh. Manakala Taklimat Gaji adalah mengenai pelaksanaan sistem semakan penyata gaji secara dalam talian disampaikan oleh Pegawai Gaji Pangkalan, Kapt Natasya A’ini binti Osman.

Turut hadir Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin Bin Wan Yaacob TUDM, Pegawai-pegawai Eksekutif, Pegawai-pegawai dan anggota LLP PU Gong Kedak.