Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1554465583650FB IMG 1554465586659

TANJUNG BUNGAH, 31 Mac 19 - Pengerusi BAKAT INSKEP, Puan Noor Hafiza binti Haji Zainol bersama ahli BAKAT INSKEP dan staf INSKEP telah membuat lawatan kebajikan kepada dua ahli keluaga anggota INSKEP.

Keluarga anggota yang telah dilawati ialah Kpl U Mahmud bin Janudin dan isteri di Taman Sri Pinang Georgetown Pulau Pinang kerana anak beliau Muhammad Mirza Bukhari bin Mahmud telah mengalami demam denggi.

Manakala di Twin Tower Kondominium Tanjung Bungah Pulau Pinang Muhammad Zareef Zakwan anak kepada pasangan Kpl U Zamree bin Abdullah dan Habibah binti Saidin telah mengalami lumpuh anggota badan. Warga INSKEP mendoakan semoga anggota dan ahli keluarga sihat walafiat, cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT.