Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 GAMBAR KUMPULAN JIWA MURNI M4GERAI JIWA MURNI M4GERAI JUALAN JIWA MURNI M4

KUANTAN, 6 Apr 19 – Materiel Udara 4 (MATRA 4) telah melaksanakan Program Jiwa Murni dengan menganjurkan Pesta Makanan dan Jualan Amal bersama The National Autism Society of Malaysia (NASOM) cawangan Kuantan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi NASOM dan memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap autism.

GERAI JUALAN JIWA MURNI M4 2GERAI MATRA 4 JIWA MURNI M4PERASMIAN JIWA MURNI M4

Program yang diadakan di Taman Gelora, Kuantan telah berlangsung dari 8.30 pagi hingga 4 petang dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti aerobik, pertandingan mewarna, kuiz, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai permainan. Pelbagai makanan dan barangan terpakai turut dijual di gerai-gerai yang disediakan di mana semua hasil jualan akan diserahkan kepada NASOM.

PERMAINAN JIWA MURNI M4PERSEMBAHAN TARIAN JIWA MURNI M4PHOTOBOOTH JIWA MURNI NASOM

Program ini turut dihadiri oleh Ketua MATRA 4 iaitu Mej Mohd Nazam bin Yunus TUDM yang turut merasmikan acara tersebut bersama-sama Penasihat dan Pengerusi NASOM Kuantan. Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 1000 orang masyarakat setempat.