Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

PHOTO 2019 04 07 13 40 07 1PHOTO 2019 04 07 13 40 07PHOTO 2019 04 07 13 40 48PHOTO 2019 04 07 13 42 08PHOTO 2019 04 07 14 39 13PHOTO 2019 04 07 14 40 24

KUALA LUMPUR, 7 April 19 – BAKAT Udara (BOB) menerusi Biro Kesihatan, Rohani & Jasmani (KRJ) telah menganjurkan Sukan Bowling dikalangan ahli bertempat di Elite Bowl, Residensi UTM, Kuala Lumpur.

Program yang julung kali diadakan ini telah mengumpulkan semua ahli BAKAT Udara markas MPOU dan MPBU. Sejurus tamat sukan bowling, program diteruskan dengan demo masakan oleh Biro Resepsi & Sajian dengan persembah cara membuat Vietnamese Fresh Spring Roll oleh AJK Sajian, Lt Kdr Hani Kalsom binti Hashim TLDM.

Demo masakan ini bukan sahaja menjadi platform kepada ahli untuk mempelajari cara membuat spring roll malah ia juga sebahagian daripada aktiviti untuk menggalakkan ahli-ahli menyediakan masakan atau hidangan sendiri di rumah untuk disajikan kepada keluarga.

Pengerusi BAKAT, Pn Norasmah binti Hashim merakamkan penghargaan kepada AJK yang terlibat serta semua ahli yang hadir menjayakan program tersebut.