Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0021DSC 0048DSC 0055DSC 0060DSC 0067DSC 0081

SUBANG, 9 Apr 19 – Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Pangkalan Udara Subang yang merupakan agenda tahunan bagi menyampaikan maklumat semasa tentang masjid serta mendapatkan maklumbalas dari ahli kariah dan Ahli Jawatankuasa telah diadakan di Masjid Pangkalan.

Mesyuarat yang telah dihadiri seramai 278 orang ini juga bertujuan untuk membuat penambahbaikan sama ada dari sudut pentadbiran, operasi mahupun latihan. Selain itu, penyerahan sumbangan dari tabung masjid Pangkalan kepada Sjn U Mohd Radzuan bin Muhamad yang ditimpa musibah kebakaran di kediaman keluarganya juga diadakan selepas mesyuarat tersebut.

Turut hadir Penaung Masjid, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM, Nazir Masjid, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM, pegawai-pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua-Ketua Cawang dari Pangkalan.