Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3546DSC 3548DSC 3581DSC 3596DSC 3631 

 

KUALA LUMPUR, 11 Apr 19 - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Principal Air Warfare (PAW) siri 14/19 telah disempurnakan oleh Ketua Staf Operasi MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Komander AWC TUDM, Kol Norli Hisham bin Alwi TUDM.

Kursus yang bermula pada 1 hingga 12 Apr 2019 ini telah dihadiri seramai 16 orang pegawai TUDM yang terdiri daripada pelbagai ketukangan dalam perkhidmatan TUDM dan seorang pegawai dari Royal Australian Airforce. Edisi kali ini, menyaksikan peserta menamatkan kursus selama 2 minggu di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dengan cemerlang.

Secara keseluruhan, kursus PAW yang dianjurkan ini berjaya mencapai objektif melalui pendedahan berkenaan aspek-aspek seperti berikut:
a. Prinsip-prinsip peperangan udara, sejarah serta pembangunan berkaitan peperangan udara moden.
b. Pengenalan kepada proses perancangan operasi serta implimentasi diperingkat operasi dan teknikal.
c. Pendedahan kepada simulasi olah perang terhadap penggunaan sistem Extended Air Defence Simulation (EADSIM).

Kursus PAW siri 14/19 telah dikoordinasikan oleh AWC TUDM dengan penglibatan tenaga pengajar daripada AWC TUDM sendiri serta pegawai-pegawai daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.