Kemaskini Terakhir: Sabtu,20 Apr 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0194DSC 0208DSC 0213DSC 0224WhatsApp Image 2019 04 08 at 10.31.12

 

SUBANG, 7 Apr 19 - Satu pemeriksaan ke atas RKAT Pegawai Kelas C2 (C Flat) telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan Pangkalan Udara Subang pada 7 Apr 19 yang lepas. Pemeriksaan ini telah diketuai sendiri oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan turut disertai oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Ketua Cawang Tadbir, Ketua Skn Provos, Ketua Cawang Bomba, Ketua Pengurusan Kompleks, Pegawai Keselamatan Pangkalan, Pegawai Perumahan dan Ajutan Pangkalan.

Pemeriksaan ini merupakan aktiviti berjadual yang dirancang oleh pihak Pengurusan Pangkalan ke atas RKAT PU Subang yang bertujuan untuk menilai dan memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan RKAT sentiasa diutamakan. Di samping itu juga, pihak Pengurusan Pangkalan dapat beramah mesra dan mendengar permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh setiap penghuni agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Dengan adanya aktiviti berjadual seperti ini, pihak Pangkalan akan dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan penghuni agar mewujudkan persekitaran RKAT yang sentiasa bersih, selamat dan kondusif.