Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0178DSC 0181DSC 0184DSC 0203DSC 0212DSC 0234

 

SUBANG, 11 Apr 19 - Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Perbarisan Ajutan Pangkalan yang pertama untuk tahun 2019. Perbarisan ini juga merupakan Perbarisan Ajutan Pangkalan yang baharu selepas Kapt Mohamad Faiz Zakwan bin Mohamad Puzi TUDM mengambil alih tugas secara rasmi mulai 11 Mac 19 yang lepas.

Perbarisan ini telah diketuai oleh Kapt Mohd Amir bin Shahrin TUDM dari No 22 Skuadron dan dihadiri oleh pegawai dan anggota berpangkat Kapten ke bawah daripada Skuadron dan Cawang di Pangkalan Udara Subang. Perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Ajutan Pangkalan kepada semua anggota perbarisan.

Dalam perbarisan ini juga, Ajutan Pangkalan telah mengambil peluang untuk mengingati semua anggota perbarisan yang hadir berkanaan peraturan dan arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh TUDM seperti Direktif PTU No 5, 5A dan 5B, Direktif PTU No 12 dan juga Direktif PTU No 18.