Kemaskini Terakhir: Sabtu,20 Apr 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0171DSC 0189DSC 0192DSC 0194DSC 0217

SUBANG, 11 Apr 19 - Satu majlis meraikan petugas-petugas LIMA '19 daripada setiap skuadron dan cawang dari Pangkalan Udara Subang telah diadakan di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang. Majlis makan tengahari ini telah meraikan hampir 200 petugas-petugas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ketukangan pegawai dan anggota daripada pangkalan ini.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM selaku Komander Pangkalan bersama-sama semua barisan pegawai kanan di pangkalan. Majlis ini dilaksanakan untuk meraikan semua pegawai dan anggota daripada pangkalan ini yang telah bertungkus lumus siang dan malam untuk menjayakan program LIMA '19 yang lepas agar dapat berjalan dengan lancar dan mendapat pujian ramai pihak.