Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3130DSC 3151DSC 3165

 

KUCHING, 15 Apr 19 - Pertandingan Liga Bola Sepak Empat Penjuru Antara Wisma dan Tadbir Awam Pangkalan Udara Kuching anjuran Wisma Bintara telah diadakan di Padang Bola Sepak Pangkalan Udara Kuching mulai 22 Feb hingga 15 Apr 19. Kejohanan ini melibatkan 6 pasukan terdiri daripada Wisma Perwira, Wisma Bintara A, Wisma Bintara B, Wisma Ahli Udara A, Wisma Ahli Udara B dan Tadbir Awam.

Pasukan dari Wisma Ahli Udara A telah menjuarai Liga ini dengan menewaskan Pasukan dari Wisma Ahli Udara B pada perlawanan akhir dengan keputusan 5-1. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir serta menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Khir Allauddin bin Ahmad Basari TUDM.