Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

0103040609101711

 

PORT DICKSON, 17 Apr 19 - Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Siri 1/19 telah di Pengerusikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM bertempat di Hotel Thistle Port Dickson. Mesyuarat yang bermula dari 15 hingga 18 April 19 ini telah membincangkan isu-isu berhubung pendidikan dan latihan dalam TUDM serta mengemukakan sebarang cadangan oleh pemerintah di unit-unit bagi maklum balas kepada Panglima atau Pegawai Staf untuk dibincang dan diambil tindakan sewajarnya.

Turut hadir Ketua Staf Markas, Brig Jen Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM, Komandan-komandan Pangkalan, Pegawai Memerintah di unit-unit naungan dan Pegawai Staf.