Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 5316IMG 5306709d0ba8 605e 49bf 815b d59fa1c36ba0

LABUAN, 19 Apr 19 – Mesyuarat Lembaga Delta, Permohonan Am Siri 3/19 dan Sesi Dialog di antara Anggota LLP PU Labuan bersama pihak MTU-BSM telah berlangsung pada 15 Apr 19 sehingga 18 Apr 19.

Mesyuarat Lembaga Delta dan Permohonan Am telah dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Sumber Manusia. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh ahli lembaga yang terdiri daripada PS 1 Rancang LLP, PS 1 Urus LLP, PS 2 Rancang LLP Setiap Cawangan dan PS 3 Urus LLP. Lembaga Delta dan Permohonan Am ini diadakan bertujuan untuk membincangkan agenda berkaitan pembangunan, perancangan kerjaya dan pertukaran anggota LLP TUDM.

IMG 5317b913bda1 bca4 46fe a70d 6e152c273434IMG 5311

Turut berlangsung juga adalah Sesi Dialog Bahagian Sumber Manusia bersama Anggota LLP PU Labuan yang diketuai oleh YBhg Brig Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM, AKS Sumber Manusia. Sesi dialog yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota LLP mengutarakan masalah dan memberi pandangan secara terus kepada pihak MTU-BSM dan penyampaian maklumat berkenaan dasar dan arahan semasa yang sedang berkuatkuasa. Pelbagai isu telah dikongsikan dan diberi penjelasan pada sesi tersebut.

Semoga dengan adanya sesi dialog sebegini, persefahaman di antara anggota dan MTU-BSM dapat dicapai. Sesi dialog seperti ini akan terus diadakan ke unit-unit terpilih dari semasa ke semasa.