Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0011DSC 0009DSC 0014DSC 0018DSC 0113DSC 0215DSC 0226DSC 0276DSC 0355

 

GONG KEDAK, 19 Apr 19 - Mesyuarat Pemerintahan Panglima Wilayah Udara 1 Siri 1/2019 telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak. Mesyuarat perasmian ini telah bersidang selama 2 hari bermula 18 hingga 19 Apr 19 yang disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dan mempertingkatkan tahap kopetensi anggota dan kesiapsiagaan operasi di setiap Pangkalan dan Skuadron serta mencapai Visi dan Misi Markas Wilayah Udara 1. Turut hadir Ketua Staf, Komander Pangkalan dan Pegawai Memerintah Skuadron/Cawang di bawah naungan Markas Pemerintahan Wilayah Udara 1.

Selain itu, turut diadakan Pemeriksaan Tahunan Panglima Wilayah Udara 1 di Pangkalan Udara Gong Kedak bagi mengukur tahap kesiagaan dan kompetensi pangkalan dan unit-unit serta menyelaras keperluan pentadbiran dan bantuan logistik di Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut diadakan aktiviti riadah iaitu program hiking Bukit Puteri 6km antara tim Mesyuarat Pemerintahan Panglima Wilayah Udara 1 bersama warga Pangkalan Udara Gong Kedak di Laman Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak.