Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 5436000 5440000 5442000 5446000 5452 

 

KUANTAN, 23 Apr 19 - Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Majlis Pemakaian pangkat dan penyerahan sumbangan cek bertempat di Bilik Mesyuarat Pangkalan.

Seramai dua orang anggota LLP telah dinaikkan pangkat iaitu F/Sjn Mohd Khairi bin Zainal Abidin dinaikkan pangkat ke Pemangku PW U II dan Sjn U Karimullah bin Ali telah dinaikkan pangkat ke Pemangku F/Sjn. Seterusnya, majlis penyampaian cek sumbangan dari tabung kebajikan TUDM dan tabung zakat ATM kepada tiga orang anggota iaitu F/Sjn Razman bin Abd Rahim, Kpl U Faizal bin Jusoh dan Kpl U Isrulnizam bin Ismail, ketiga-tiga anak anggota tersebut merupakan pengidap penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan yang besar setiap bulan. Diharap dengan sumbangan cek tersebut dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga anggota.

Majlis pemakaian pangkat dan sumbangan cek tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM.