Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9638DSC 9677DSC 9710DSC 9732DSC 9743DSC 9757DSC 9764DSC 9788DSC 9819DSC 9907DSC 9911DSC 9941 

 

GONG KEDAK, 23 Apr 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Pangkalan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Kursus Keselamatan Pengendalian Ular Berbisa yang diadakan di Cawang Bomba Pangkalan.

Kursus Keselamatan Pengendalian Ular ini merupakan pertama kali diadakan di Cawang Bomba Pangkalan yang dikendalikan oleh Jurulatih Akedemi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Pegawai Bomba, Shafiq bin Mohamad dan Pegawai Bomba, Wan Mohamed Farizuan bin Wan Saiful Nizam. Kursus yang melibatkan 30 peserta pelbagai ketukangan telah berlangsung selama satu hari bagi mempelajari teori dan priktikal serta simulasi penangkapan ular

Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan keyakinan peserta kursus dalam mengendalikan kes-kes kecemasan yang melibatkan ular di kawasan Pangkalan mahupun tempat kerja dengan efektif dan selamat. Sepangjang kursus ini peserta didedahkan dengan jenis-jenis ular secara terperinci, rawatan kecemasan dan teknik-teknik serta peralatan yang sesuai untuk menangkap ular.

Majlis Penutup Kursus Pengendalian Ular serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM. Turut hadir sama Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM dan Ketua Cawang Bomba, Mej Mohd Fazli bin Ariffin TUDM.