Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3309DSC 3382DSC 3441

KUCHING, 18 Apr 19 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan latihan menembak peringkat Pangkalan yang diadakan di Sempadi, Lundu. Latihan menembak itu dijalankan secara berperingkat selama 3 hari mulai 16 hingga 18 Apr 19 yang melibatkan kesemua peringkat anggota PU Kuching. Turut serta dalam latihan tersebut ialah Komander Pangkalan, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.

Latihan menembak ini merupakan salah satu latihan ketenteraan yang telah direncanakan sepanjang tahun 2019 dengan tujuan meningkatkan tahap kemahiran mengendalikan senjata M4 bagi setiap warga Pangkalan, memenuhi keperluan menembak tahunan PU Kuching serta membolehkan setiap pegawai dan anggota memiliki sijil kelayakan penggunaan senjata.