Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4128DSC 4099DSC 4113

KUCHING, 24 Apr 19 – Program Road Show Task Force Perisai Wira ATM 2019 telah diadakan di Dewan Sri Angkasa PU Kuching. Ceramah bagi program ini disampaikan oleh Ketua Cawangan Anti Keganasan BSPP, Lt Kol Dr Zulkarnain bin Haron dan PS 1 Undang-undang BSPP, Lt Kol Shaharudin bin Abd Rahman. Turut serta dalam program tersebut ialah Komander Pangkalan Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.

Ceramah yang disampaikan bertajuk “Ancaman Ekstremisme, Radikalisme dan Terorisme kepada Keselamatan ATM dan Negara serta Implikasi Undang-Undang Anti Keganasan kepada anggota ATM”. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada warga ATM supaya tidak terpengaruh dengan perjuangan yang berorientasikan ekstremis, radikalisme serta memberi kefahaman mengenai aspek perundangan anti keganasan.