Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0585DSC 0587DSC 0683DSC 0693DSC 0709DSC 0726DSC 0741DSC 0791DSC 0733

GONG KEDAK, 29 Apr 19 – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Timur telah diadakan di Dewan Puteri, Pangkalan Udara Gong Kedak yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kekuatan TUDM’.

Seramai 13 orang peserta telah bertanding yang terdiri daripada peserta dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Pangkalan Udara Kuantan, Skn SLTT 322 TUDM Bukit Ibam dan Skn 322 TUDM Bukit Lunchu.

Di dalam majlis ini telah menyaksikan Kapt Zulhelme Alif bin Salleh TUDM dari Skn SLTT 322 TUDM Bukit Ibam telah memenangi bagi Kategori Qari Pegawai. Manakala bagi Kategori Qari LLP dimenangi oleh FSjn Mohd Jamil bin Mausin dari Skn SLTT 322 TUDM Bukit Ibam, Kategori Qariah dimenangi oleh Puan Rabiatul Adawiah Binti Che Mansor dari PU Gong Kedak dan Kategori Saudara Baru dimenangi oleh FSjn Norazeaniey Binti Meboh Abdullah. Johan keseluruhan tilawah kali ini dimenangi oleh Pangkalan Udara Kuantan.

Majlis Tilawah al-Quran diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid BAKAT Pangkalan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah bagi Tilawah Al-Quran ini telah disempurnakan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM.

Turut hadir Pegawai Memerintah No 10 Skn, Lt Kol Muhammad Fazri bin Md Zain TUDM, Pegawai-pegawai Eksekutif, Pegawai-pegawai, Anggota LLP dan Ahli-ahli BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak.