Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190503 WA0017IMG 20190503 WA0071IMG 20190503 WA0047IMG 20190503 WA0077IMG 20190503 WA0150

KUALA LUMPUR, 3 Mei 19, - Larian ‘10 KM Challenge’ untuk unit-unit di bawah naungan MPPLU bagi peringkat Pancaragam Pusat TUDM telah selesai dijalankan bertempat di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Seramai 68 peserta larian yang terdiri daripada tiga pegawai serta 65 anggota lain-lain pangkat telah terlibat menjayakan acara larian ini dengan dibantu oleh Cawang Jasmani PU Kuala Lumpur, 814 RSAT dan Skn 102 Provos. Objektif larian ini adalah untuk melahirkan anggota pancaragam yang cergas dari segi fizikal dan mental.

Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat larian berserta sesi pemanasan badan daripada wakil jurulatih jasmani. Acara larian bermula tepat jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.

Seramai 10 pelari terbaik mengikut kategori umur telah dipilih sebagai pemenang dan menerima hadiah berupa piala dan medal larian.