Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190503 WA0032IMG 20190503 WA0033IMG 20190503 WA0034IMG 20190503 WA0035IMG 20190503 WA0036IMG 20190503 WA0037

SUBANG, 27 Apr 19 - BAKAT PU Subang telah mengadakan Karnival Ceria Ibu dan Anak bagi tahun 2019 pada 27 Apr 19 bertempat di Dewan Ababil dan kawasan persekitaran.

Acara ini merupakan julung kali diadakan dan akan menjadi acara tahunan bagi BAKAT PU Subang. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menghargai para ibu serta mengetengahkan kerjasama antara ibu dan anak melalui pertandingan yang dianjurkan. Acara ini juga menyediakan platform untuk bersuai kenal dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli BAKAT PU Subang.

Acara tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Datin Hjh Siti Norlela bt Alwi selaku Pengerusi BAKAT PU Subang yang turut dihadiri oleh Komander Pangkalan dan Pegawai Memerintah Skn/Cawang/Unit dengan gimik sesi menandatangani banner Karnival Ceria Ibu dan Anak.

Acara diteruskan dengan ceramah "Rileks la..Jangan Stress : Diskusi bersama kaunselor" yang membincangkan isu stress terutamanya di kalangan isteri. Sesi soal jawab dan sesi kaunseling secara individu juga turut disediakan selepas ceramah selesai.

Selain itu terdapat juga acara yang dipertandingkan seperti Pertandingan MasterChef Ibu dan Anak, Pertandingan Kraftangan Ibu dan Anak dan Pertandingan Kuiz Kanak- kanak. Pada sebelah petang aktiviti disambung dengan Pertandingan Mewarna, Pertandingan Pakaian Beragam Ibu dan Anak, Pertandingan Musical Chair dan Unique Connection.

Selain itu terdapat juga aktiviti lain untuk ahli keluarga seperti Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Beyblade serta gerai jualan dan permainan.

Acara berakhir dengan sesi pemberian hadiah yang turut disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Subang.

Komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada gabungan Biro Kesihatan, Kebudayaan dan Kraftangan, Biro Pendidikan dan Harta serta Biro Resepsi dan Sajian telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran Karnival Ceria Ibu dan Anak BAKAT PU Subang pada tahun 2019. Karnival tersebut telah mendapat sambutan memberansangkan daripada warga pangkalan di mana ramai yang hadir membawa keluarga masing-masing untuk menonton dan memberi sokongan kepada keluarga masing-masing disamping anak-anak beriadah dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang disediakan untuk keluarga.