Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7122DSC 7125WhatsApp Image 2019 05 06 at 08.35.14 1WhatsApp Image 2019 05 06 at 08.35.15DSC 7139DSC 7140 

 

SUBANG, 4 Mei 19 - BAKAT Udara Pangkalan Udara Subang telah menganjurkan satu Kursus Latihan Pengendali Makanan yang telah diadakan di Dewan Ababil, PU Subang. Kursus ini diadakan dengan objektif mengurangkan kadar kejadian keracunan makanan, meningkatkan kesedaran ke arah amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat serta mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah iaitu Encik Latip bin Said yang merupakan mantan Pegawai Kesihatan Persekitaran. Beliau mempunyai pengalaman bertugas sebagai Panel Jawatan Kuasa Bengkel Deraf Peraturan Makanan 2009, Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan dan Penceramah Penyiasatan Undang-Undang Kesihatan Awam & Pendakwaan bagi Setaf Inspektorat Kementerian Kesihatan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kursus ini telah dihadiri oleh 36 orang peserta warga Pangkalan Udara Subang termasuk ahli-ahli BAKAT terdiri daripada peniaga bazar Ramadan, peniaga online, peniaga gerai JRC, peniaga PERNAMA dan KRTU.

Kursus telah diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta serta penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar yang disempurnakan oleh Pengerusi Bakat Pangkalan Udara Subang, Datin Hajah Siti Norlela Binti Alwi.