Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1810DSC 1816DSC 1819DSC 1832

 

GONG KEDAK, 7 Mei 19 - Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada dua orang anggota LLP bertempat di Bilik Mesyuarat Pangkalan.

Anggota yang dinaikkan pangkat adalah Laskar Udara Kanan Mohamad Syafiq bin Zulkeley dan Laskar Udara Kanan Nur Khairil Asmaie Alif bin Mohd Safian dinaikkan pangkat ke Pemangku Koperal Udara dari Istana Kelantan. Majlis pemakaian pangkat ini turut disaksikan oleh pegawai-pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai Pangkalan Udara Gong Kedak.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikkan pangkat akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.