Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 bengkel 3bengkel 4bengkel 2

SUBANG – Program Psikologi dan Bengkel Pementoran PU Subang tahun 2019 telah berlangsung di Auditorium A400M, No 22 Skn, PU Subang pada 24 dan 25 April 19. Program selama 2 hari itu telah disertai oleh seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pementoran Skn/Cwg termasuk Unit Lodger serta beberapa Ahli AKRAB PU Subang.

Selain daripada aktiviti bengkel pementoran dan ceramah berkenaan pengurusan tekanan dan emosi serta bimbingan keluarga, para peserta juga berpeluang melawat Klinik Psikiatri HAT Tuanku Mizan dan juga Unit Kaunseling di Ibu Pejabat KWSP.

bengkel 5bengkelWhatsApp Image 2019 04 26 at 18.02.02

Di sini para peserta telah didedahkan dengan salah satu kaedah kaunseling iaitu Art Therapy. Antara penceramah jemputan yang terlibat dengan program ini ialah PS3 Psikologi MTU, Kapt Farahanina bt Ismail TUDM, Pakar Psikiatri HAT Tuanku Mizan, Kol (Dr) Siti Nordiana bt Dollah, Kaunselor dari Pejabat SUK Negeri Selangor, En Rinatho Nunchi dan juga Kaunselor serta pengamal Art Teraphy, Pn Jamalia Jamaludin di Unit Kaunselig KWSP.