Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

photo6239856581189675158photo6240232064410560610photo6240232064410560628 

 

LABUAN, 8 Mei 19 - Bertempat di No 14 Skn, telah berlangsung Majlis Pembukaan Latihan ‘Tactical Airland Operation’ (TALO) Pesawat C130 Bersama Eks Beruang Ganas. Majlis pembukaan ini telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM. Latihan (Tactical Airland Operation) TALO ini merupakan latihan teknik serangan taktikal berskala besar menggunakan pesawat C130H dan kenderaan serangan dari Pusat Latihan Khas (PULPAK). Latihan penerbangan TALO ini akan berlangsung sehingga 18 Mei di Lapangan Terbang Labuan.

Menyaksikan penglibatan No 14 Skn, No 20 Skn, No 5 Skn dan juga Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Eks Beruang Ganas anjuran PULPAK menjadikan latihan TALO sebagai latihan utama di samping latihan heliborne bersama pesawat EC725. Bersempenaan itu MAWILUD 2 turut menganjurkan latihan Conversion dan Currency TALO pesawat C130H dilaksanakan semasa Eks Beruang Ganas berlangsung.

Latihan operasi ini akan berlangsung sehingga 18 Mei 19 dan majlis penutup akan dibuat di Stesen Lima dengan penyertaan anggota PASKAL dan PASKAU sebagai pasukan jemputan. Adalah diharapkan eksesais ini akan mencapai objektif yang telah digariskan.