Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2248DSC 2295DSC 2355

GONG KEDAK, 14 Mei 19 – Pejabat Pendidikan Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Kursus Pengacaraan Majlis Rasmi Siri 1/19 yang diadakan di Dewan K-Force Pangkalan.

Kursus ini dilaksankan bertujuan untuk memberi kemahiran pengacaraan dalam mengendalikan sesebuah acara rasmi dan tidak rasmi. Modul yang diterapkan merangkumi Asas Juruacara, Protokol dan Istiadat, Penulisan Skrip, Juruacara Formal, Juruacara Informal serta Voice Over.

Kursus yang dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Mks 30 Bgd, Kapt Ady Fitri bin Mohamad Shokri ini telah dihadiri seramai 24 orang anggota dari pelbagai ketukangan.

Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM telah menyempurnakan majlis penutup dan turut hadir sama Pegawai Pendidikan Pangkalan, Mej Nariza binti Abdullah.