Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

BGZI7539CHOL7178CZBK3411MHMU8732VDFQ4707XZJN1377

LABUAN, 14 MEI 19 – Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Skn 340, The Chimney telah menjalankan satu demonstrasi ke atas projek KIK, Spectra-Comm iaitu Long Range Spread Spectrum Low Power Communication kepada warga Pangkalan Udara Labuan termasuklah kontraktor di sini.

Semua wakil skuadron dan cawang telah diberi penerangan dan peluang untuk menguji Spectra-Comm yang boleh digunakan sebagai alat bantuan kecemasan dan keselamatan meskipun tanpa talian telefon dan capaian internet. Hasil daripada demonstrasi ini, ianya mendapat reaksi positif dan mendapat pujian serta sokongan penuh daripada Komander Pangkalan Udara Labuan, Mej Jen Dato’ Haji Sardon bin Hassan TUDM untuk disebar luaskan.

Ketua kumpulan The Chimney, Mej Mohd Haziq Izzat bin Sulaiman TUDM akan mewakili Pangkalan Udara Labuan dengan membawa projek ini untuk dipertandingkan di peringkat TUDM dan juga Kementerian Pertahanan.