Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 7451DSC 0066DSC 0106

KUANTAN, 16 Mei 19 – Inspektor Jeneral (IJ) ATM, Laksda Mohd Hatim bin Saad telah mengadakan lawatan pemantauan BIJ ATM ke INSPRA. Dalam lawatan ini beliau telah menyampaikan taklimat Inisiatif Pematuhan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP). Manakala pihak Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah memberi taklimat berkenaan Modul Integriti Dalam TUDM yang disampaikan oleh Mej Chairil Ashraff bin Arshad TUDM.

Terdahulu, Pegawai Laksana INSPRA, Lt Kol Wan Amir Zaki Wan Hassan TUDM telah menyampaikan taklimat pengenalan INSPRA kepada Inspektor Jeneral ATM serta para hadirin.


Selesai sesi taklimat, beliau telah dibawa melawat ke Sekolah Kawalan Trafik Udara untuk melihat peralatan latihan simulator iaitu Aerodrome Control Training Simulator (ACTS), Radar Simulator System (RSS), dan Self Training Facilities (STF).

Turut hadir Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM, Pengarah Kurikulum MPPLU, Kol Thamilanty a/l Periasamy TUDM, Komandan INSPRA, Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, Pegawai Laksana INSPRA, Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM serta pegawai, anggota dan peserta kursus INSPRA.