Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 2483DSC 2529

KUALA LUMPUR, 23 Mei 19 - Markas Pemerintahan Bantuan Udara mengadakan Perhimpunan Warga MPBU bersama Ketua Staf pada hari ini bertempat di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Dalam perhimpunan tersebut menyaksikan seramai 8 anggota MPBU telah dinaikkan pangkat dan 4 anggota menerima sumbangan Hari Raya.

Ketua Staf MPBU dalam ucapannya telah menyampaikan beberapa amanat daripada Panglima Bantuan Udara kepada seluruh warga MPBU, antaranya agar sentiasa peka dan responsif dengan keadaan semasa serta mengutamakan keselamatan di jalan raya sempena cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.

Usai perhimpunan, semua pegawai dan anggota berkumpul bagi tahlil ringkas dan titipan doa buat Alhmarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.