Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

c5ac7af5 cd50 47cc a1f7 db45f513beff3446c134 c42f 4427 a175 7db078357560d287e76c eca4 4a39 a7c0 878e7756b9f6

KUALA LUMPUR, 24 Mei 19 - Majlis berbuka puasa pegawai-pegawai naungan Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) bersama Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM telah diadakan di Wisma Perwira ATM.

Seramai 80 orang pegawai MPOU serta unit-unit di bawah pemerintahan iaitu JKO, AWC TUDM, EWSC selain POTU (A3) telah hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Para pegawai juga turut mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah-mesra sebelum masing-masing mengambil cuti panjang sempena sambutan aidilfitri kelak.

Selesai majlis, Panglima telah mengambil masa bersama-sama pegawai-pegawai MPOU untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta berhati-hati di jalan raya. Beliau juga turut merakamkan jutaan terima kasih atas penganjuran majlis iftar tersebut dan berharap majlis seumpama itu akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.