Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

ULU TIRAM, 27 Mei 19 – Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) telah menganjurkan latihan abseiling bagi Kursus Ketua Platun Infantri Siri 1/19 yang dijalankan di Padang Ragbi, PULADA bermula pada 23 Mei 19 hingga 25 Mei 19. Kursus ini melibatkan seramai 200 orang pelatih terdiri daripada pelbagai Kor dalam Tentera Darat.

34

No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan yang mengoperasikan helikopter EC 725 AP telah ditugaskan untuk melaksanakan latihan abseiling dari pesawat untuk memberi pendedahan awal selain meningkatkan keyakinan diri serta daya kecergasan mental dan fizikal para pelatih. Latihan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya meskipun ianya dilaksanakan semasa bulan Ramadan.