Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0367DSC 0370DSC 0372DSC 0377DSC 0381DSC 0384DSC 0387

 

BANTING, 28 Mei 19 - Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Hari Raya Aidilfitri tahun 2019 dari Tabung Kebajikan TUDM telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Rejimen TUDM Jugra, Kol Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM dan isteri Puan Rossimah binti Talib selaku Pengerusi BAKAT Rejimen TUDM Jugra.

Seramai 21 orang penerima sumbangan terdiri daripada dua orang anggota sakit kronik, seorang isteri anggota sakit kronik, seorang anak anggota sakit kronik, dua orang anak istimewa (OKU), dan lima orang balu anggota telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM 200.00 setiap seorang.
Sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha kecil pihak TUDM dalam menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warganya. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai dan anggota Lain-lain pangkat Rejimen TUDM Jugra.