Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

61340386 2298295846924715 2724481735071891456 n61427187 2298295280258105 5816927508964048896 n61429070 2298296100258023 6039965448408137728 n61624737 2298296070258026 788913448493776896 n61647787 2298296043591362 9153219007409553408 n61847472 2298296250258008 5804365554256969728 n

KUALA LUMPUR, 31 Mei 19 – “Sokongan daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan agar kita dapat meneruskan tradisi kecemerlangan”, ucap Pegawai Memerintah MTU/MPOU, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM kepada pegawai dan anggota LLP di perbarisan beliau yang berlangsung di Tingkat 20, Wisma Pertahanan pagi tadi.

Dalam ucapannya, beliau sekali lagi menegaskan berkenaan penyalahgunaan dadah dan juga pengambilan air ketum yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri, mahupun kepada keluarga dan juga organisasi. “TUDM tidak akan berkompromi sekiranya terdapat anggota yang terlibat dalam perkara ini dan hukuman berat akan diambil”.

Selain itu, beliau menyeru kepada para suami agar memberi galakan kepada para isteri untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti BAKAT yang dianjurkan.

Dikesempatan ini juga, Pegawai Memerintah mengingatkan agar semua peringkat yang akan pulang bercuti nanti supaya menjaga keselamatan diri masing-masing, keluarga dan juga rumah yang akan ditinggalkan.

Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai dan anggota di bawah naungan MTU/MPOU.