Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0927DSC 0944DSC 0951DSC 0969DSC 0974DSC 0997

SUBANG, 29 Mei 19 - Pejabat Agama Pangkalan anjuran bersama Masjid Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Majlis Khatam Tadarrus Al-Quran peringkat Pangkalan Udara Subang pada 29 Mei 2019 bersamaan 24 Ramadhan 1440H.

Majlis Khatam ini telah disertai oleh seramai 101 peserta yang terdiri daripada 40 peserta lelaki dan kanak-kanak serta 61 peserta dari kalangan wanita. Kesemua peserta telah menjalankan tadarrus pada setiap hari pada waktu pagi dan selepas tarawih sepanjang bulan Ramadhan.

Majlis Khatam Tadarrus Al-Quran ini telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM, Komander Pangkalan diiringi Kol Mohd Azwan b Mohd Pohari TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan merangkap Nazir Masjid PU Subang. Turut hadir adalah Pengerusi BAKAT Pangkalan, semua Pegawai Memerintah dan Ketua Cawang.