Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0436DSC 0465DSC 0478 DSC 0486DSC 0492DSC 0498DSC 0499DSC 0509DSC 0515DSC 0520

SUBANG, 14 Jun 19 - Pangkalan Udara Subang telah menerima Lawatan Kerja daripada Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM bersama-sama deligasi MAWILUD 1.

PANGWILUD 1 telah menyempurnakan perasmian Majlis Pembukaan ‘Multi Engine Conversion Course (MECC)’ Siri 7/2019 terlebih dahulu yang bertempat di Auditorium PLTT Angkut dan membuat lawatan ke semua skuadron penerbangan di dalam Pangkalan serta ke Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULLS-G).

Beliau juga telah meluangkan masa untuk mendengar taklimat latar belakang, cabaran yang dihadapi oleh setiap unit di pangkalan dan mengambil peluang tersebut untuk berkongsi pandangan dengan semua warga Pangkalan. Turut hadir Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.