Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 9607000 9625000 9649

KUANTAN, 18 Jun 19 – Cawang Bomba dan Skuadron 103 Provos Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan Program Jiwa Murni di persimpangan Simpang 4, Jalan Panching dan Gambang.

Program ini bertujuan untuk membersihkan pasir dan batu-batu kecil yang membahayakan penunggang motosikal serta pelajar sekolah kerana ia menjadi laluan utama orang ramai.

Sebuah Sweeper milik Cawang Bomba telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut serta anggota dari Skn 103 Provos membantu mengawal lalulintas semasa pembersihan dilakukan.

Turut hadir Ketua Skn 103 Provos, Mej Khairul Ashinar bin Azid TUDM dan Ketua Cawang Bomba, Kapt Mohd Hafidzul Amin bin Mohd Hatta TUDM.