Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 6757IMG 6756

SANDAKAN, 17 Jun 2019 – Komander Pangkalan Udara Labuan, Mej Jen Dato’ Hj Sardon Bin Hassan TUDM telah meluangkan masa melawat Kpl U Rozaini bin Dasar yang ditimpa kebakaran rumah pada 8 Jun lalu.

Kejadian pada 2.30 petang itu menyebabkan hampir keseluruhan rumah waris anggota tersebut musnah dan kini mereka sekeluarga menumpang di rumah ibu saudara mangsa.

IMG 6752IMG 6755

Bagi membantu meringankan beban mereka, Komander Pangkalan mewakili Panglima Tentera Udara menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM, Markas ATB 2 dan sumbangan dari Pangkalan Udara Labuan yang berupa wang tunai, makanan dan pakaian kelengkapan harian.