Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6575DSC 6583DSC 6596DSC 6648DSC 6682DSC 6701

GONG KEDAK, 27 Jun 19 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Ceramah Terhadap Kecederaan Kebakaran Dan Pemeriksaan Pendengaran dengan kerjasama Progam Audiologi Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan di Dewan Puteri Pangkalan.

DSC 6702DSC 6723DSC 6763DSC 6777

Ceramah yang terdiri daripada empat sesi yang dimulakan dengan tajuk “Kecederaan Kebakaran” disampai oleh Pensyarah dan Dr Pakar Bedah Plastik, Dr Siti Fatimah Noor bin Mat Johar.

Seterusnya, ceramah bertajuk “Kebisingan dan Pendengaran” disampaikan oleh En Mahamad Almyzan bin Awang, ceramah ketiga bertajuk “Telinga Berdesing” disampaikan oleh Dr Wan Najibah binti Wan Mohamad dan ceramah keempat dari Puan Maziah binti Romli bertajuk “Alat Bantuan Pendengaran”.

Selain itu, pameran 20dB Hearing Centre, Rozaimi Optometris, pameran kesihatan dari HUSM serta ujian saringan pendengaran dan penglihatan kepada anggota yang terlibat turut diadakan.

Turut hadir wakil Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, wakil Program Audiologi USM, Prof Madya Dr Mohd Nirmani bin Zakari, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota LLP Pangkalan.