Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6645DSC 6660DSC 6661DSC 6704DSC 6705DSC 6752

GONG KEDAK, 27 Jun 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Program Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun TUDM ke -61 dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan di Dewan Puteri Pangkalan.

Program ini merupakan salah satu cara untuk membantu menangani masalah kekurangan bekalan darah yang dihadapi oleh unit tabung darah di setiap hospital seluruh negara disamping dapat mengekalkan tahap kesihatan dan memberi peluang kepada anggota membantu mereka yang memerlukan.

Program ini telah melibatkan 2 Pegawai perubatan, 9 kakitangan RSAT dan 22 Kakitangan HUSM. Seramai 106 jumlah yang layak menderma darah terdiri daripada 15 pegawai, 81 anggota LLP dan 10 kakitangan awam.