KUALA LUMPUR, 27 Jun 19 – Markas Pemerintahan Bantuan Udara telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dimulakan dengan talil dan solat Maghrib di Masjid Abdullah bin Zubair, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Othman TUDM bersama isteri berbesar hati menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak pegawai, anggota MPBU dan anak-anak yatim yang diundang khas dari Rumah Anak-anak Yatim RedhaMu Tuhan.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM.