Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6024DSC 6083DSC 6101


KUCHING, 24 Jun 19 – AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir. Razali Abd Ghani TUDM dan rombongan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Cawang Kejuruteraan Pangkalan Udara Kuching bermula pada 24 hingga 26 Jun 19.


Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Mohd Fazali bin Udin TUDM. beliau juga telah membuat kunjungan hormat kepada Komander Pangkalan, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM di Markas Pangkalan.

DSC 6167DSC 6203DSC 6218


Dalam rangka lawatan kerja beliau, satu sesi taklimat turut diadakan di Bilik Mesyuarat Cawang Kejuruteraan Pangkalan yang dihadiri oleh KCK, KBK No 1 Skn, KBK No 7 Skn, KBK Skn 330 dan semua Pegawai Kejuruteraan Pangkalan. Sesi taklimat tersebut telah membincangkan tentang penjawatan semasa pegawai dan anggota di skuadron dan Cawang Kejuruteraan serta pembentangan berkenaan ‘Skill Level Monitoring System (SLMS)’. Selepas daripada sesi taklimat tersebut, beliau melakukan lawatan ke Cawang Kejuruteraan dan telah dibawa melihat pesawat Nuri di Barisan Kedua.

DSC 6220DSC 6228DSC 6232


Pada hari kedua lawatan, telah diadakan sesi dialog bersama anggota juruteknik daripada No 1 Skn, No 7 Skn dan Skn 330 di Dewan Setia Cabang Pergerakan Udara bagi memberikan penerangan mengenai dasar dan prosedur kejuruteraan terkini.

WhatsApp Image 2019 06 28 at 14.54.33


AKS Kejuruteraan juga telah melakukan lawatan ke No 1 Skn dan No 7 Skn serta menerima taklimat daripada kedua-dua Ketua Bahagian Kejuruteraan skuadron secara ‘walking brief’. Semasa lawatan beliau, KBK setiap Skuadron Penerbangan telah memberikan penerangan mengenai SLMS yang diamalkan setiap jurutera dan juruteknik TUDM di skuadron bagi mengekalkan tahap kompetensi dan kemahiran dalam melaksanakan penyelenggaraan, rektifikasi dan pembaikan pada pesawat.