Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123

KUALA LUMPUR - Datin Dr Hajjah Sorayah binti Sidek bersama-sama Pengerusi Bakat Operasi & Bantuan (BOB), Puan Nor Asmah binti Hashim baru-baru ini telah mengadakan lawatan kebajikan kepada adik Muhammad Aiman Hamizan bin Hasfanizam iaitu anak kepada Mej Hasfanizam Hashim TUDM yang mengidap penyakit Henoch Sochelein Purpura (HSP) – jangkitan kuman dalam darah yang mengganggu saraf.

Adik Aiman telah dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 3 Jul 19 yang lalu.

Dalam pada itu, satu lawatan kebajikan kepada adik Lidiya Marsya binti Muhammad Naim (3tahun) iaitu anak kepada FSjn Muhammad Naim bin Taha telah dilakukan oleh Timbalan Pengerusi 1 (BOB), Puan Haniza binti Mior Hashim pada 7 Jul 19.
Beliau juga turut ditemani suami iaitu Pengarah Jabatan Kesiagaan Operasi iaitu Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM.

Adik Marsya telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara sejak 28 Jun 19 dan masih berada di dalam pengawasan doktor sehingga hari ini.
Satu pembedahan jantung telah dilakukan pada 3 Jul 19 dan dijangkakan perkembangan positif akan dapat dilihat dalam masa beberapa hari lagi.