Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

12345

KAJANG, 6 Jul 19 - Kejohanan Ping Pong VVIP (Beregu) Cup & Plate 2019 anjuran Jabatan Penjara Malaysia telah berlangsung di Dewan Teratai, Maktab Penjara Malaysia pada hari ini.

Pasukan Ping Pong TUDM telah diwakili oleh Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Othman TUDM (KS Markas ATM) dan Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM (Pegawai Eksekutif INSPRA).

Kejohanan ini juga telah disertai oleh beberapa Jabatan lain. Antara senarai peserta-peserta VVIP terlibat:
1) Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof (Mantan KP ICU)
2) Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar (KJP)
3) Datuk Seri Mustafar Ali (NFCC)
4) Dato' Mohammad Razin bin Abdullah (Mantan KP JPN)
5) Pn. Nor Azizati binti Hamzah (SUB Bhg. Kewangan KDN)
6) En. Badrul Hisham bin Alias (Pengarah Bhg. Kad Pengenalan, JPN)
7) TKP Kamarulzaman bin Mamat (Pengarah Penjara Tapah)

Bagi Kategori Cup pasangan beregu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dinobatkan sebagai Johan manakala bagi Kategori Plate pula pasangan beregu dari Jabatan Penjara telah dinobatkan sebagai Johan. Pasangan beregu TUDM telah mara ke separuh akhir. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi TUDM apabila tewas pada pasangan beregu KDN yang akhirnya muncul sebagai juara dalam Kategori Cup.

Penyertaan pemain Ping Pong TUDM di kejohanan ini juga adalah satu inisiatif untuk mengekalkan tahap kecemerlangan pemain Veteran Ping Pong TUDM yang sebelum ini telah menjuarai Kejohanan Ping Pong Antara Perkhidmatan ATM bagi tahun 2018 dan 2019.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada Pasukan Ping Pong TUDM .