Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7937DSC 7946DSC 7948DSC 7955DSC 7957DSC 8004

GONG KEDAK, 2 Jul 19 – Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah mengadakan perjumpaan bersama pegawai, anggota LLP dan tadbir awam di Dewan Puteri Pangkalan.

Seramai 562 orang yang hadir pada perjumpaan ini terdiri daripada 44 pegawai, 468 anggota LLP dan 50 kakitangan awam.

DSC 8032DSC 8069IMG 0516

Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan ucapan tahniah sebagai tanda penghargaan kepada semua warga pangkalan dalam menjaga tahap keselamatan pangkalan serta ahli Wisma yang melibatkan diri dalam menjayakan program Fun Run/Run Ride anjuran Wisma Bintara Kuantan.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada anggota yang menjayakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Daerah Besut dan dinobatkan sebagai booth terbaik.

Selesai majlis, Sel Siasatan Jenayah Narkotik (SSJN), Provos Pangkalan diketuai Ketua Skuadron Provos, Mej Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM dengan kerjasama Cawang Penyiasatan Khas (CPK) Kota Bharu dan AADK Besut telah menjalankan saringan ujian air kencing kepada semua yang hadir.