Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190702 WA0025IMG 20190702 203652

BUTTERWORTH, 3 Jul 19 - Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee@Ahmad Rofie TUDM telah mengadakan lawatan tapak ke tempat pengujian lampu jalan solar yang pertama di pangkalan.

Ini merupakan projek penambahbaikkan pencahayaan lampu jalan yang telah rosak dan memerlukan kos yang tinggi bagi penyelenggaraan dan juga sebagai inisiatif dari pihak pangkalan dengan menggunakan teknologi solar.

Penggunaan lampu jalan dengan menggunakan teknologi ini adalah satu alternatif serta mampu memberi impak kepada penjimatan dan membantu kerajaan Malaysia mengurangkan kos pembaikan di pangkalan.

Projek ini telah dibangunkan oleh unit Inovasi Pangkalan yang diketuai oleh Mej Hairul Zaimy TUDM bersama juruteknik terlatih dan diharapkan projek ini akan menghasilkan kejayaan seterusnya menjadi contoh kepada pangkalan udara yang lain.