Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0024DSC 0033DSC 0036DSC 0038DSC 0039DSC 0042

SUBANG, 29 Jun 19 – Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bertujuan untuk memberi cenderahati serta meraikan pegawai, anggota LLP dan Kakitangan awam bersara atau akan menamatkan perkhidmatan di Dewan Ababil, Pangkalan.

DSC 0043DSC 0049DSC 0074

Seramai 33 orang penerima dan 29 pasangan telah hadir bagi memeriahkan majlis ini yang turut diserikan dengan kehadiran Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM bersama isteri, Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi.

DSC 0076DSC 0080DSC 0091

Wakil Wisma Ahli Udara telah membuka tirai majlis ini dengan persembahan khas nanyian serta deklamasi sajak bagi menghargai jasa dan pengorbanan pesara atau bakal pesara yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada perkhidmatan ATM dan TUDM khasnya.

Pesara dan anggota yang akan menamatkan perkhidmatan telah menerima cenderahati daripada pangkalan, perkhidmatan, sijil penghargaan daripada Panglima Tentera Udara dan Sijil Simpanan Premium BSN. Komander Pangkalan turut berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada LU I Muhammad Assraf bin Abdul Rahman kerana rumah ibunya telah mengalami kebakaran.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Komander Pangkalan dan diikuti dengan ucapan oleh wakil penerima cenderahati, PW U I Lamran bin Ovon.