Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0010DSC 0023DSC 0029DSC 0030DSC 0042DSC 0048

SUBANG, 26 Jun 19 - Pangkalan Udara Subang telah ditaklifkan sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Tengah TUDM bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan.

Seramai 16 peserta dari unit Markas Tentera Udara, PU Kuala Lumpur, PU Subang dan Rejimen TUDM telah melibatkan diri yang terdiri daripada wakil Qari dan Qariah Pegawai, Qari LLP, Qariah LLP/BAKAT dan Kategori Saudara Muslim.

DSC 0066DSC 0067DSC 0069

Bagi kategori pegawai, johan di sandang oleh Kapt Hamdi bin Ahmad Hanafiah TUDM daripada PU Subang, bagi kategori Qari LLP pula johan disandang oleh FSjn Muhamad Ghazali b Zakaria daripada PU Kuala Lumpur.

DSC 0080DSC 0097

Manakala bagi kategori Qariah, johan disandang oleh Puan Suzana bt Mohamad Nor daripada MTU dan Johan bagi kategori Saudara Muslim disandang oleh LUK (W) Zaibibiana bt Affandi. Johan bagi keempat-empat kategori ini akan mewakili Zon Tengah ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat TUDM yang akan berlangsung pada 11 Jul 19 di PU Gong Kedak.

Tilawah Al-Quran ini telah dihakimi oleh barisan juri jemputan iaitu Kapt Syukri b Zahari Al-Hafiz daripada UPNM, Kapt Normazlan b Abd Hamid Al-Hafiz daripada ILMI, ATM, Kapt Amirul Hafiz b Mohamad Al-Hafiz daripada STAY ATM dan Ustaz Mohd Hafiz b Abd Aziz Al-Hafiz daripada Kolej Vokasional Shah Alam, yang mana masing-masing menghakimi bahagian suara, fasohah, tajwid dan lagu.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong b Abdullah TUDM. Turut hadir Ketua Staf MPBU, Brig Jen Ir Mohd Razip b A. Samad TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohd Azwan b Mohd Pohari TUDM serta semua Pegawai Kanan Pangkalan.